Friday, November 6, 2009

konvo....

dewan ump...

berjalan ikot turn....follow the instruction...brenti kat point yang ditetapkan....menunggu giliran nama dipanggil mengadap tungku mahkota pahang yang bersiap sedia berdiri untuk mnyerahkan scroll(file kosong)...

...nama dipanggil...

berjalan penuh control....senyuuuUUUMM....

...salam dengan tunku mahkota pahang...

..dia menyapa aku(betul ke ayat aku?)..."asal mane"..

...gelabah, lupe nak ckap junjung kasih tuanku, lalu menjawab " terengganu CIK "...

...terkedu seketika lalu kembali bersuara..." errkkk...TUankU "...

pusing ke sisi dan trus berjalan trun pentas...

control senyum....

Sunday, August 2, 2009

aku seorang jentera berat...

sebenarnya tajuk ini aku pnjam dari seorang ahli se'praktikal' aku...setelah dia mengeluh akibat kerja2 berat yang sedang dilalui sepanjang bulan praktikal beliau...

setelah baberapa kali mengalami kejadian putus rantai oleh sejenis alat yang dinamakan sterilizer....dlam mase satu bulan ini...sudah 4 kali..dan 4 kali jugak kami kerja seperti biase teruk...oh~~

dan semalam...rantai sterilizer itu telah diganti....kerja 24jam...2 shift..team mlam dan siang...aku bekerja di waktu shift siang telah diovertime kan blik pkul 8 mlam...owh...kerja penat berkemungkinan telah menyebabkan seorang daripada rakanku mengalami gejala selesema, batuk dan demam...(adakah kerja kuat boleh menyebabkan wabak H1n1?)oh~~...kutidak harap bgtu...dan dia dibenarkan kerja separuh hari pada hari ini...

akibat performance yang baik yang telah ditunjukkan sepanjang kerja2 dijalankan...kami dibenarkan cuti...oho~~.....4 hari yang sampai hari kamis ini...dan cuti ini juga adalah bergaji mengikut jumlah jam overtime yang kami ambil...(walaupon hanya 15 ringgit)..huhu..


here i go...kl ipoh cameron~~~~~

Monday, July 6, 2009

engineering job for dummies

isnin...7.45 am ...sampai ke sungai terah palm oil mill...terus menuju ke office untuk mejalankan aktiviti puchcard...keluar dari office...encik suhaimi a.k.a maintenance supervisor aku menyuruh aku betiga ke sterilizer platform dimana prosess buah sawit akan di'steril'kan,dan disini juga proses 'precooked' buah sawit akan dijalankan pada suhu 80 darjah Celsius...

setelah sampai diatas...baru aku tahu apa masalah pada sterilizer ini...rantai yang mnggerakkan buah sawit dalam sterilizer ini telah putus...osh...buah swit masih penuh didalam dan suhu masih dalam lingkungan 40 hingga 50 degree celcius...ini kerana stim msih lagi terperangkap didalam sterilizer tersebut yang mempunyai penebat haba diperbuat fiber glass...

sterilizer yang berukuran 4o meter pnajang, 2 meter lebar, 1 meter stengah tinggi(terbahagi 2 bahagian atas dan bwah)...semuanya tertutup berpenebat...mujurlah rantai nya putus di bahagian spoket(hujung)...agak senang untuk membaikinya, hanya perlu membuka plate besi pada hujung sterilizer tersebut(ceh,hanya kunun)...kalau rantai nya putus ditengah2 atau dilain bahagian , terpaksa technician2 sini sama nepal juga berenang di dalam sterilizer tersebut untuk mencari tempat kejadian...wohooo...pnas, sempit, gelap, dan penuh dengan buah kelapa sawit yang terpaksa dikeluarkan...dan situasi itu pernah berlaku suatu masa dahulu...

walaupun hanya menjadi pembantu...keletihan agak menyelubungi diri dan punggung juga terasa sakit setelah tergelincir dari tangga platform semasa menurunkan sejenis batang dari dalam sterilizer tersebut..haih ...dan waktu aku blik tad dalam lingkungan pukul 4 petang...technician2 masih lagi sedang menyiapkan kerja2 pembaikian...

Sunday, June 21, 2009

....depan itu minggu...

pekerja 1 : bley siap ke hari nieh?(sambil tgk henset...jam menunjjukkan pkul 6 lbih ...off pttnya pkul 4)

pekerja 2 : tarak buley...depan minggu sambung...

pekerja 1 : minggu depan la...haih...

pekerja 2 : sudah salah ka?

pekeraja 1: salah la...

pekerja 2 : ok2...salah2...lain minggu sambung...

pekerja 1 : haa...itu betul...

itula antara perbualan seorang pekerja dengan pekerja nepal...hari2 kerja...itu macam aku pon akan terikot, haih lagi 6 bulan ooo...

Tuesday, June 16, 2009

1st day.....

sbenarnya 1st day aku bekerja sebagai pekerja kilang kelapa sawit adalah kelmarin...tapi atas-atas sebab tertentu aku dinasihatkan pulang oleh bos aku kerana telah menyalahi salah satu etika kerja dikilang tersebut iaitu berpakaian terlalu cantik...walaupon aku hanya berjaket fakulti...itu sudah dianggap cantik dimata boss aku dimana dia telah mengusha aku dari atas ke bawah beberapa kali diwaktu pagi yang indah berkenaan....


ok...tu kelmarin...hari nie aku datang seperti smalam...sbelom pukul 8 aku dan rakan2ku yang berkenaan telah terpacak dikilang berkenaan...pakaian sudah diiktiraf sebagai 'ok' oleh boss aku...dan kertas 'punchcard' diberikan kepada kami..ini adalah 1st time aku menerima punchcard dan pekara berkenaan menyebabkan aku telah menyelahguna beberapa kali kad tersebut...ini menyebabkan kad aku telah tersalah cop beberapa kali....

aku ditugaskan mengikut seorang brader yang lebey kurang sebaya dengan aku untuk menukar sejenis alat yang yang digunakan untuk menggerakkan tandan kelapa sawit kepada tempat perelaian daripada tandan kepada buah2 relai...dan itulah kerja pertama aku disini...

setelah siap...mkan pagi...dan sambung kerja...agak bosan dan terpaksa merayau kerana kurang kerja menyebab aku aku juga kene 'sound' dengan boss kerana berada ditempat yang tidak sepatutnya...aku terpaksa mencari kerja dan akhir sekali kerja yang dilakukan ialah menyapu lantai kilang....

pulang dengan kaki yang berdenyut...esok masih same...

Saturday, April 25, 2009

...da lagedary journey with PX from AS to UMP...PArtT 13

kami terus berjalan melewati kedai-kedai yang tidak beoperasi memandangkan jam menunjukkan hampir 11 malam, dan dihujung jalan ini terdapat satu persimpangan yang menemukan 4 batang jalan, dimana disini terletak satu taman yang berlanskapkan bunga-bungaan, air pancut, sebuah monumen kapal terbang dan sebuah pondok telefon lama, yang begitu mengujakan aku ialah pondok telefon bewarna merah berkenaan yang iras-iras pondok telefon di Britain..terpanpar tulisan kuala kangsar diatasnya, manakala disebelah lagi tertulis london...mungkin dibawa ketika era penjajahan British ke atas tanah melayu sewaktu ketika dahulu...

setelah beberapa ketika berada disana dan beberapa photo telah diambil, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel kerana masing-masing sudah penat...sampai dihotel, aku terus baring tuk merehatkan diri, chot dan manek berbaring di katil hujung sambil menonton tv...aku tak terdaya lagi untuk menonton tv kerana perasaan mengantuk telah mengusai diri, melayan perasaan dan terus terlelap diselimuti gelak ketawa chot dan manek yang sedang asyik menonton..

setelah beberapa ketika, aku terjaga...kelihatan chot dan manek sedang berkemas-kemas untuk tidur...tv telah dipadamkan, sunyi...lampu telah ditutup...suasana suram menyelubungi bilik...aku cuba untuk tidur...tapi tidak terdaya..macam ada sesuatu yang menyekang aku dari menutup mata, mengacau-ngacau jiwa dan perasaan seolah-olah tidak membenarkan aku untuk melelapkan mata...aku melihat keadaan sekeliling bilik, dikiri dan kananku chot dan manek telah terbaring, mungkin kedua-duanya telah terlelap..

aku bangun dari katil...menuju ke blik air..hanya sunyi yang menemaniku, terasa perjalanan ke bilik air sungguh jauh, walaupun bilik air berada di bilik berkenaan....setelah melunaskan hajat kecil, aku mengejutkan manek supaya berpindah ke katil ku kerana aku ingin menonton tv, itulah keputusan yang terpaksa aku buat memandangkan diri ini tidak lagi terasa mengantuk...volume dibuka pelahan dan apa jua yang dipancarkan oleh tv aku tetap layan dengan penuh perasaan..


bersambung...

Friday, April 24, 2009

oh..dilarang parking...

suatu petang yang damai...panas suam kuku...ombak menhempas pantai...angin menderu melintasi pepohon yang kelihatan menari-nari...kelihatan papan tanda yang menyatakan dilarang parking...zon tunda...




oh..terselit sekeping kertas putih dicelah wiper...